MUQADDIMAH

Orait....this blog is going to be a dual-language. As i'm reside in Malaysia, my love home country, guys, u all can join me & give ur watevar comments/replies either iin Bahasa or English Posting I juga akan terdapat beberapa bahasa dicampur-gaulkan bagi memudahkan penerangan...Just be patient, tunggu dan insyaalah (god willing) I'll be continously update this blog!!!! Cau...

My Dream Car

My Dream Car
This is wat my inspiration & passion is all about..babe!!! u're definitely be mine someday....umahhhh!!!!

Monday, April 16, 2007

Outlook Pasaran Kereta di Malaysia

Bagi segmen Kenderaan Penumpang, kita dapat lihat dengan jelas di Malaysia, persaingan yang ujud di kala ini amat kuat dan ketara. Kebanjiran kereta-kereta dari luar yang masuk dengan berbekalkan model2 terbaru dan bercirikan teknologi terkini sudah tidak boleh di dangkal sama sekali. Bertitik tolak daripada perubahan dasar automotif negara kita, hasil pengistiharan AFTA sedikit sebanyak menyumbang kepada situasi ini selain daripada dorongan perkembangan industri automotif di peringkat global. Nama2 yang dahulunya mungkin kurang gah di Malaysia seperti Kia, Hyundai, Chevrolet, Scorpio, Ford, Suzuki semakin mendapat tempat dihati pembeli bagi pasaran tempatan kita.

Diukur dari sudut pembeli/pengguna, ianya merupakan suatu keadaan yang memberikan banyak kelebihan. Apa tidaknya, disebalik ketekunan pengedar2 yang berlumba untuk menawarkan harga yang lebih berdaya saing, pengguna juga dibekalkan dengan lebih banyak pilihan kereta yang terdapat di pasaran. Pengguna boleh menentukan pilihan terbaik mengikut citarasa masing2 berdasarkan ‘budget constraint’ dan ‘expectation’. Pokok pangkalnya, kita telah dihidangkan dengan berbagai jenis/model kereta yang dahulunya agak terlalu terhad. Pengedar2 juga telah menawarkan ‘improvisation’ dari segi perkhidmatan selepas jualan baik dari segi warranty period, alatganti dan pusat servis.

Situasi tersebut juga telah mencetuskan urusniaga perbankan yang lebih memberi kemudahan kepada pembeli di Malaysia. Usahasama perjanjian yang lebih kemprehensif antara pengedar dan pihak insitusi kewangan, selain faktor peningkatan ekonomi yang lebih selesa, telah banyak mengubah struktur interest dan tempoh pinjaman kereta sejak kebelakangan ini. Dengan kadar faedah serendah 2%++, tempoh pinjaman yang menjangkau 10 tahun dan pembelian tanpa deposit yang ditawarkan oleh sesetengah pembekal, pembeli diberi ruang yang lebih untuk membeli kereta idaman tanpa terlalu menjejaskan belanja poket harian.

Disebalik kerancakan industri automotif negara, pastinya produk keluaran nasional akan merasai bahangnya. Namun, melihat dari sudut yang positif, ianya pasti mengundang kepada kaedah daya fikir, inovasi dan teknik pemasaran yang lebih sistematik, terkini dan berdaya saing tinggi yang akhirnya dapat meningkatkan pengaruh kereta2 tempatan serta mengekalkan branding dan prestij yang sedia tercipta. Cumanya mereka2 ini perlu bekerja lebih daripada yang biasa dan senantiasa update berkenaan teknologi terbaru dan kaedah pemasaran yang digunakan oleh pesaing2 dari luar. Selagi produk yang dikeluarkan mencapai tahap standard yang sepatutnya dan dijual dangan harga yang boleh diterima pakai oleh pembeli Malaysia, sebenarnya pengilang dan pembekal kereta nasional tidak perlu bimbang dengan keadaan ini.

Namun persoalan yang sering dibangkitkan : sejauh mana sebenarnya kualiti kereta tempatan kita dan adakah ianya benar2 memberikan kepuasan dibandingkan dengan harga jualan yang ditawarkan?????? Dalam hal ini, saya sebagai seorang pengguna di Malaysia akan mengutarakan sedikit pendapat ikhlas saya yang tidak seberapa tapi pastinya mewakili jutaan rakyat lain yang mungkin sependapat. Saya akan update dlm blog saya ini nanti…..

~cardo~

No comments: