MUQADDIMAH

Orait....this blog is going to be a dual-language. As i'm reside in Malaysia, my love home country, guys, u all can join me & give ur watevar comments/replies either iin Bahasa or English Posting I juga akan terdapat beberapa bahasa dicampur-gaulkan bagi memudahkan penerangan...Just be patient, tunggu dan insyaalah (god willing) I'll be continously update this blog!!!! Cau...

My Dream Car

My Dream Car
This is wat my inspiration & passion is all about..babe!!! u're definitely be mine someday....umahhhh!!!!

Thursday, March 8, 2007

Tips Membeli Kereta Terpakai

Saya ingin kongsi pengalaman/ilmu saya yang tidak seberapa yg mungkin boleh dimanfaatkan sebaiknya oleh anda semua. Sekiranya anda ingin membeli kereta terpakai bolehlah amalkan perkara2 dibawah, saya rasa tidak rugi:
  1. Jangan membeli seorang diri. Bawa rakan terdekat yg tahu selok belok berkenaan kereta. Lagi baik kalau ada rakan2 yg bekerja sebagai pomen utk khidmat nasihat berkenaan kondisi kereta tersebut.
  2. Pilih mileage yg serendah mungkin.
  3. Pilih tahun pendaftaran yang paling terkini, mengikut kemampuan budget yg tersedia.
  4. Lihat Sijil Pendaftaran kereta berkenaan dan semak pemilik2 sebelum ini. Lagi kurang jumlah pemilik biasanya adalah lebih diyakini.
  5. Jangan membeli pada waktu yg kurang jelas kadar penglihatannya. Sebaik2nya waktu panas terik dan kereta diletakkan dibawah sinar cahaya utk melihat dgn jelas kecacatan yg terdapat pada body kereta.
  6. Buka boot hadapan kereta dan jenguk2 lah ke dalam 'engine bay' walaupun anda tidak tahu apa2. Lihat sesuatu kerosakan benda yg mungkin terdedah secara jelas. Cth : bocor pada hos tertentu, minyak yg melilih keluarr melalui enjin.
  7. Sebaik mungkin dapat rekod penyelengaraan kereta terbabit (boleh dapat sekiranya bernasib baik).
  8. Dapatkan maklumat berkenaan penukaran 'timing belt' dan plet klac (bagi kereta bertransmisi manual) Ianya tidak banyak membantu dlm mengesan kondisi sebenar tetapi cukup utk memberi signal kpd pemilik kereta/used car yg kita mempunyai sedikit ilmu berkenaan pemotoran.
  9. Hidupkan enjin berkenaan dan cuba press padel minyak dan cuba dengar pada bunyi enjin yang keluar.
  10. Biarkan enjin 'running' dlm keadaan 'idle' selama boleh dan lihat perubahan pada jarum suhu enjin pada paparan meter.
  11. Buka switch aircond dan biarkan running beberapa ketika dan check tahap kesejukan.
  12. Lihat asap yg keluar drp lubang eksos dibelakang. Adakah bewarna hitam??Putih??Kebiru2an??Atau tiada asap langsung??
  13. Jack bahagian hadapan kereta dan jenguk pada bawah enjin dan lihat kesan2 lelehan minyak.
  14. Jangan lupa untuk uji pandu kereta tersebut.
  15. Sekiranya dapat peluang sila berurusan terus danngan pemilik asal daripada membelinya melalui used car dealer.

Mungkin banyak lagi yg lain, tapi antara perkara paling asas adalah sepertimana di atas. Kalau ada lagi faktor2 lain yg terfikir, nanti saya akan tambahkan senarai.

~cardo~

Adakah Berbaloi Membeli Kereta Terpakai???

Ramai antara kita yg suka atau terpaksa membeli kereta terpakai daripada kereta baru (brand new). Kenapa?? Mungkin kerana didorong oleh faktor budget terutamanya atau ada yg membeli kereta2 lama untuk membuat kereta 'projek'. (trend dikalangan kaki modified ketika ini!!!!) Apapun alasannya, bagi mereka yg terpaksa membeli kereta 2nd hand semata2 atas sebab budget, sila fikir semasak2nya sebelum membuat keputusan. Benarkah membeli kereta sedemikian benar2 lebih menguntungkan poket anda???? Amat menarik utk dibincangkan.....

Bukan apa...sememangnya masyarakat umum mengetahui di Malaysia kini, pasaran bagi kereta2 terpakai terlalu luas. Used car2 dibanjiri dengan ribuan kereta terpakai tersedia utk dibeli. Hasil drp penawaran yg melebihi permintaan tambahan dengan harga kereta baru yg teramat competitive disamping struktur kadar interest yg agak menarik, ini semua membuatkan harga kereta terpakai berada dibawah tahap yg sebenarnya. Dengan pelbagai promosi hebat drp dealer used car (ada yg sanggup memberikan cash rebet kpd pelanggan!!!) membuatkan ramai antara kita yg tanpa berfikir panjang terus membeli kereta yg kononnya murah. Ya!!!!tidak dinafikan memang murah....sekarang nie installment bagi bayaran kereta adalah sama dgn intsallment membeli motor cup Honda EX5, Modenas or Yamaha mahupun scooter.

Tapi ingat, sebelum membeli mungkin perlu ada sedikit ilmu pada kita bagi memastikan objektif utk berjimat tadi dapat dicapai sepenuhnya. Saya dah lihat ramai yg terpedaya dan akhirnya kereta yg dikatakan murah tersebut asyik keluar masuk bengkel dan akhirnya tersadai begitu sahaja. Ingat!!! dgn kadar harga kereta yg murah, membeli tanpa bayaran muka satu sen pun, tambahan pula membuat pinjaman selama 9 tahun, anda memerlukan sekurang2 4-5 tahun pemilikan sebelum kereta tadi boleh dijual semula. Sekiranya tidak, ada perlu bersedia utk membayar kembali wang perbezaan antara harga yg dijual (pastinya murah) dan baki hutang dibank. Ianya bakal melibatkan ribuan wang anda dan pastinya objektif utk berjimat tidak tercapai!!!! Betul atau tidak????Fikir2kan lah dan renung2kan lah....

~cardo~

My Ride History

Ako bermula dangan mendapatkan sebiji kereta Perodua Kancil just cukup untuk penggunaan harian. Waktu tue tahun 1999 dan baru dapat kerja. Hidup sorang, so tak perlukan sebijik kereta yg terlalu besar. Lagi pun masa itu, baru dapat lesen. Tak tau apa2 pasal kereta. Budget constraint lagi satu hal. So, belilah kereta Kancil dengan bayaran bulan RM360. Masa tue interest rate agak melambung dan rega kereta pun boleh tahan mahal. Keta yang ako beli tu merupakan keta second-hand. Main beli jer drp sorang sahabat ako, dealer used car. Tp alhamdulillah pakai dlm tempoh 3 tahun takda masalah2 besar yg ako hadapi. Cukup sekadar normal serrvice, tukar minyak itam jer...

Hendak dijadikan cerita, satu masa ako browse kat internet dan ter'kenal' dgn seorang hamba allah nie yg kebetulan kerja bawah satu bumbung yg mempunyai knowledge yg banyak berkenaan industri pemotoran. Ako pun diperkenalkan kpd satu Forum yg rata2 menceritakan berkenaan hal2 kereta Perodua Kancil. Serba serbi dibincangkan dalam Forum terbabit dari bab normal maintenance hinggalah ke extreme upgrading & conversiion. Dan disitulah ako mula menimba ilmu berkenaan kereta dan sehingga kini minat ako dlm bab2 berkenaan kereta ini terlalu mendalam.

Banyak duit dah ako laburkan pd kereta Kancil ako membuatkan ako sayang nak jual pada orang. Modifikasi yang ako jalankan kpd kereta nie,nanti, ako akan ceritakan dalam posting ako seterusnya. Cuma nak cerita yg ako pakai Kancil nie cuma dalam tempoh tak sampai 3 tahun, ako bagi adik ako pakai. Then ako tukar keta lain.

Next ako pakai pulak Honda Civic EG6, original!!! tahun 94/2000. Selama hampir 3 bulan ako mencari kereta ini utk memastikan kereta yg dibeli bebas drp segala macam penyakit dan masalah. Alhamdulillah yg ako dapat nie, merupakan model full spec Japan OEM tanpa sebarang modifikasi dan beserta dengan original sunroof. Pasal apa ako mengidamkan kereta nie, nanti ako ceriter dlm next posting ako, akan ako ceritakan apa kelebihan kereta nie...

Kereta nie lagi kejap ako pakai...tidak sampai pun 1 1/2 tahun, terus ako jual pada sorang inspektor polis. Siap beli cash lagi mamat nie.....!!!!. Reason ako jual, pasal kereta nie adalah dari model 2 pintu. Ketika itu ako merancang utk menamatkan zaman bujang dan ako memerlukan kereta yg berpintukan 4 biji. Kononnya lagi mudah utk yg berkeluarga terutamanya nak angkut barang2 dan bawak keluarga pergi jalan2.

Lepas itu, akibat ingin merasakan kelainan, saya bertukar arah ke kereta Continental. Ramai orang kata yg kereta Mat Saleh nie sedap pakai...so ako pun ingin mencuba lantas ako membeli sebiji kereta FIAT Marea 1.6 ELX. Pasti ramai yg tertanya2 macam mana rupa bentuk kereta ini. Nanti ako uplaod gambor kereta nie kalau ada masa....Dan sehingga lah saat ini ako masih setia dgn Marea ako dan dah pakai kereta nie selama 3 tahun setengah. NAk tahu kenapa ako setia???? Nanti ako ceritakan.....Anda pula bagaimana???? Ingin berkongsi jenis kereta yg pernah anda miliki??????

~cardo~

Modifikasi Kereta - Apakah Kesudahannya?

Kalau dilihat dijalan raya ketika ini, boleh dikata setiap 10 biji kereta yang lalu didepan mata kita, 1 antaranya MESTI telah diubahsuai. Ianya baik dari segi kosmetik luaran/dalaman mahupun dari bentuk nadi or kuasa enjin. These guys are willing to spend almost half or even 3 quarter of their monthly salary, just to procure such additional gadget/things/parts. They keep invest continously to the extent that they pimp out their ride to something that totally translate the real OEM specs and looks.

Percaya atau tidak, bagi sebiji kereta kecil Perodua Kancil, untuk diubahsuai secara extreme, ianya boleh mencecah kepada RM20 ribu...Ye...RM20 ribu..Banyak duit diorang nie sebenaranya...Is it??? So, that is only for Kancil. Just imagine for those having a bigger car like Proton Wira/Perdana/Honda Civic???

But guys!!!! Before i proceed with my writings, pls bear in mind that i'm not againts for all this. I'm just to share with u guys the actual fact about this hobby "Modifying Our Beloved Cars'. Will such an investment will end up??? or remain?? Is it really carry any values to our cars??? Is it really worth and wise spending??? Apa yang kita dapat daripada semua nie???? Mungkin satu persoalan yang menarik untuk dibincangkan.

~cardo~

Kereta - Kemudahan or Tanggungan

Bercakap berkenaan 'kereta' saya fikir ianya merupakan satu benda yang menjadi kewajipan pada setiap orang ketika ini. Semua orang yang sudah berkarier pasti wajib untuk memilikinya. Dan perasaan ingin memilikinya akan berterusan . Jadi tidak dapat dinafikan dikalangan kita ada yang berhutang sampai ke tua semata2 untuk memiliki sebuah kereta yang diidamkan. Sampai nak mati, hutang kereta tak habis2 bayor?

Dikalangan kita ini, termasuklah satu golongan yang terlalu taksub dengan 'kereta'. Bertukar-tukar jenis kereta, dari setahun ke setahun, semata2 untuk memuaskan nafsu. Nafsu untuk kepuasan diri sendiri, kebanggaan, mungkin dengan harapan untuk membuatkan orang lain, jiran2, kawan2 merasakan yang mereka ini adalah dari golongan yang berpendapatan tinggi. Tapi hakikatnya, benar ke mereka ini dari golongan yang banyak duit?

Ada juga golongan yang terlalu suka mengubahsuai kereta. Sila baca majalah2 yg melibatkan pengubahsuaian kereta yg bersepah dipasaran kita ini, rata2 daripada mereka ini menghabiskan ribuan ringgit utk tujuan tersebut. Untuk apakah pelaburan itu sebenarnya?

Ada juga yang mempunyai kereta, tapi tidak digunakan sepenuhnya. Pergi kerja naik motor. Kereta tersepuk dilaman rumah, siap diselubung pulak tuh!!. Bila ditanya pasal apa pergi kerja tak naik kereta?? Jawapan yg diberikan ' Tak larat naik kereta, jalan jam, takut lambat masuk kerja'. Errrmmmmm..mungkin ada juga logiknya. Tapi hakikat sebenar, adakah mereka2 ini tidak mampu untuk mengisi petrol dan nak berjimat untuk makan seharian?? Maklumlah rega petrol sekrang dah naik. Jadi Adakah Kereta Ini Suatu Kemudahan atau Tanggungan?? Persoalan yang perlu dirungkaikan....

~cardo~