MUQADDIMAH

Orait....this blog is going to be a dual-language. As i'm reside in Malaysia, my love home country, guys, u all can join me & give ur watevar comments/replies either iin Bahasa or English Posting I juga akan terdapat beberapa bahasa dicampur-gaulkan bagi memudahkan penerangan...Just be patient, tunggu dan insyaalah (god willing) I'll be continously update this blog!!!! Cau...

My Dream Car

My Dream Car
This is wat my inspiration & passion is all about..babe!!! u're definitely be mine someday....umahhhh!!!!

Monday, April 16, 2007

Asas Penyelenggaraan Kereta Yang Perlu Tahu

Kita mungkin baru memperoleh lesen memandu dan sedang giat ber‘window shopping’ utk membeli dan memiliki sebiji kenderaan untuk kegunaan harian. Disaat ini sememangnya kita terlampau gairah untuk menghabiskan masa merayau2 di sekitar kawasan terhampir untuk meninjau2 di beberapa showroom outlet. Bagi yang memilih untuk membeli terpakai pula, sanggup berpeluh2 meredah berpuluh pusat kernderaan terpakai dikala matahari terpacak tegak diatas langit. Dan akhirnya kita pun memperoleh kereta yang diidam2kan, hasil usaha yg gigih dan dipendekkan cerita kereta tersebut telahpun berada dihadapan ‘porch’ rumah kita.

Namun, bagi yang memiliki kereta yang pertama dan tidak tahu selok belok menjaga kenderaan, ada baiknya kita membuat sedikit persiapan dan cuba mendalami sedikit ilmu secara asas dalam perihal penjagaan kereta, terutamanya bab penyelanggaraan. Ini adalah penting agar kita senantiasa mengikuti tahap kondisi kenderaan kita secara dekat dan berterusan agar dapat meminimamkan risiko ‘breakdown’ dan kecelakaan yang tidak diingini. Dengan adanya sedikit ilmu juga ianya dapat mengelakkan daripada teraniaya dan tertipu oleh pomen2 yang suka mengambil kesempatan drp kejahilan pelanggan2nya terutamanya golongan wanita, even if we buy new car and do all the regular service at registered service centers, we must always be precaution enough.

So, for the real newbies, here are some basic guidelines that can be followed through and practiced. Taking consideration that some people are really know nuts about car maintenance, yet they are relying entirely on the so called ‘professional foremen’. For those, these might be something that can trigger out your attention and start learning yourselves a little basic that every car owners should know. Here are some fresh points:

Minyak enjin atau sesetengah memanggilnya sebagai minyak hitam.Diukur dari segi jumlah km (mileage) kenderaaan bergerak, biasanya perlu ditukar setiap maksimam 5000km bagi memakai jenis minyak yang biasa (bukan adunan sintetik)

Minyak gearbox pula kebiasaannya bagi kereta bertranmisi automatic, bagi memperoleh tahap penjagaan yg maksimam dan berkesan, seeloknya ditukar setiap 20000km. Bagi bertranmisi manual boleh dilanjutkan km sehingga 40000km hingga 50000km.

Minyak brek dan minyak power steering juga perlukan penjagaan yg rapi dan hendaklah dipastikan senantiasa berada ditahap yang sepatutnya berdasarkan indicator yang tertera pada tangki minyak tersebut.

Spark plug tidak perlu ditukar setiap kali penukaran minyak enjin. Cukup sekadar diganti bagi setiap 2 hingga 3 kali penukaran minyak hitam dibuat. Namun, ianya bergantung penuh kpd jenis spark plug yg digunakan dan jenis serta spesifikasi kereta kita. Sesetengah jenis, ianya memerlukan penukaran bagi setiap 90000km jarak kenderaan bergerak.

Penapis udara juga perlu dibersihkan setiap kali penyelenggaraan dibuat dan tukar sekiranya kondisi sudah terlalu teruk. Namun, mengikut kebiasaan, ianya boleh ditukar bagi setiap 2 hingga 3 kali tempoh penukaran minyak enjin.

Bateri – Bagi yang menggunakan bateri sel basah, rajin2lah membuka bonet kereta dan pastikan air bateri berada pada tahap yang diperlukan. Tambah air sekiranya dibawah tahap yang sepatutnya. Lebih mudah menggunakan bateri sel kering dimana kita tidak perlu memikir untuk menambah air, cukup sekadar melihat pada lampu indicator yg tertera pada atas betari tersebut utk examine kondisi bateri.

Cek level air radiator periodically, the least, once a month. Tambah pada reservoir tank sekiranya air berada dibawah tahap yang sepatutnya.

Tayar balancing and alignment perlu dilakukan seelok2nya bagi setiap tempoh 3 bulan hingga 5 bulan bergantung kpd jenis pemanduan dan frekuensi penggunaan kenderaan. Dan jangan lupa, suruh pomen semak kondisi angin tayar dengan menggunakan alat pressure examiner.

Di atas merupakan benda yang teramat asas yg perlu diketahui bagi setiap pemilik kenderaan. Bagi mendapatkan maklumat sebenar tempoh penukaran barang2 di atas, senantiasa semak dangan manual kenderaan yg dibekalkan bagi setiap kenderaan kerana ianya mungkin terdapat sedikit perbezaan bagi sesebuah model.

~cardo~

No comments: