- Jangan membeli seorang diri. Bawa rakan terdekat yg tahu selok belok berkenaan kereta. Lagi baik kalau ada rakan2 yg bekerja sebagai pomen utk khidmat nasihat berkenaan kondisi kereta tersebut.
- Pilih mileage yg serendah mungkin.
- Pilih tahun pendaftaran yang paling terkini, mengikut kemampuan budget yg tersedia.
- Lihat Sijil Pendaftaran kereta berkenaan dan semak pemilik2 sebelum ini. Lagi kurang jumlah pemilik biasanya adalah lebih diyakini.
- Jangan membeli pada waktu yg kurang jelas kadar penglihatannya. Sebaik2nya waktu panas terik dan kereta diletakkan dibawah sinar cahaya utk melihat dgn jelas kecacatan yg terdapat pada body kereta.
- Buka boot hadapan kereta dan jenguk2 lah ke dalam 'engine bay' walaupun anda tidak tahu apa2. Lihat sesuatu kerosakan benda yg mungkin terdedah secara jelas. Cth : bocor pada hos tertentu, minyak yg melilih keluarr melalui enjin.
- Sebaik mungkin dapat rekod penyelengaraan kereta terbabit (boleh dapat sekiranya bernasib baik).
- Dapatkan maklumat berkenaan penukaran 'timing belt' dan plet klac (bagi kereta bertransmisi manual) Ianya tidak banyak membantu dlm mengesan kondisi sebenar tetapi cukup utk memberi signal kpd pemilik kereta/used car yg kita mempunyai sedikit ilmu berkenaan pemotoran.
- Hidupkan enjin berkenaan dan cuba press padel minyak dan cuba dengar pada bunyi enjin yang keluar.
- Biarkan enjin 'running' dlm keadaan 'idle' selama boleh dan lihat perubahan pada jarum suhu enjin pada paparan meter.
- Buka switch aircond dan biarkan running beberapa ketika dan check tahap kesejukan.
- Lihat asap yg keluar drp lubang eksos dibelakang. Adakah bewarna hitam??Putih??Kebiru2an??Atau tiada asap langsung??
- Jack bahagian hadapan kereta dan jenguk pada bawah enjin dan lihat kesan2 lelehan minyak.
- Jangan lupa untuk uji pandu kereta tersebut.
- Sekiranya dapat peluang sila berurusan terus danngan pemilik asal daripada membelinya melalui used car dealer.
Mungkin banyak lagi yg lain, tapi antara perkara paling asas adalah sepertimana di atas. Kalau ada lagi faktor2 lain yg terfikir, nanti saya akan tambahkan senarai.
~cardo~